Wednesday 25 May 2011

wanita

WANITA

Lain kata, lain maknanya. Ye itulah wanita! Sang jejaka mesti susah nak memahami wanita kan? Jomm kita tengok apa makna tersirat disebalik kata²nya.

Wanita berkata : ” Awak dah makan ke belum? “
Niat tersirat : ” Awak jom kita pergi makan, saya lapar la. “
Wanita berkata : ” Cantiknya baju² dan seluar kat kedai ni. “
Niat tersirat : ” Awak belikan saya baju dan seluar yang ada kat kedai ni. “
Wanita berkata : ” Untuk kebahagiaan awak, saya sanggup berkorban. “
Niat tersirat : ” Tak mungkin saya akan ketepikan perasaan saya semata-mata untuk kebahagiaan orang lain. “
Wanita berkata : ” Saya rasa, kita lebih baik berkawan daripada bercinta. “
Niat tersirat : ” Awak bukan pilihan saya, lagi pun saya tak suka awak! “
Wanita berkata : ” Saya tak kisah pun awak berhubung dengan ex awak. “
Niat tersirat : ” Saya tak suka awak berhubung dengan ex awak. Kalau awak buat, saya pun boleh. “
Wanita berkata ” Saya boleh balik sendiri. “
Niat tersirat : ” Kan best kalau awak nak hantar saya balik takyah saya susah² naik kenderaan awam. “
Wanita berkata : ” Saya atau ex awak yang cantik? “
Niat tersirat : ” Jangan sekali² awak puji ex awak depan saya! “
Wanita berkata : ” Saya nak awak jujur dengan saya. “
Niat tersirat : ” Jangan mengaku kalau benda tu akan lukakan hati saya. “
Wanita berkata : ” Saya suka dengan cara awak, sebab tu saya selesa bila dengan awak. “
Niat tersirat : ” Saya dah jatuh cinta kat awak.”
Wanita berkata : ” Saya rasa awak perlukan masa dan ruang untuk bersama-sama dengan kawan awak. “
Niat tersirat : ” Saya mungkin akan jemu kalau kita bselalu jumpa, awak keluar je lah dengan kawan awak. “
Haa susah tak nak faham wanita ni? Rasanya kalau dah sayang kalau setakat nak faham semua ni tak susah kot kan? Hihi 

No comments:

Post a Comment